Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua!!
Apa khabar semua? Harap sihat dan ceria2 sentiasa. Lama dah tak menulis ni. So, entry kali ni rasa macam nak share untuk sesiapa yang berminat untuk bercuti di Hong Kong. Pertama sekali nak ucap terima kasih banyak2 kepada sponsor kami yang sudi merealisasikan impian saya untuk jadi budak2 kecik balik dekat disneyland.
Sambil bercerita tentang pengalaman ni, saya akan kongsikan gak lah tips2 untuk yang pertama kali ke Hong Kong ni. Sebelum tu, pasti ada banyak kemusykilan kan bila nak bercuti di negara orang ni? Antaranya:
# Bahasa
# Makanan Halal
# Duit
# Transport
# Penginapan
# Cuaca
Betul kan? Of course la betul sebab memang semua orang mengalami perkara yang sama. So, toksah bimbang, sebab in syaa Allah saya akan sediakan panduan lengkap untuk awak2 semua okie. Pasal bahasa takyah risau sebab mostly boleh berkomunikasi dalam English. Untuk bab cuaca pulak, better cek kat internet dulu untuk mengelakkan attire yang x sesuai dengan suhu kat sana. Currency Hong Kong mungkin lebih rendah tapi ternyata harga barang2 lebih mahal dari Malaysia. RM42 = +- HK$100
Perkara pertama yang saya lakukan ialah, tempah tiket kapal terbang. Hehehe... Ni da mesti sebab camne nak pergi kalau xde transport nak ke sana kan. Saya tempah kat AirAsia sebab lagi murah. Lagipun perjalan ambil masa lebih kurang 4 jam je. So, x kisah sangat kalau x selesa sikit. Saya prefer MAS kalau perjalanan ambil masa lebih dari 4 jam. Sakit tengkuk woo kalau lama sangat duduk.
Secondly, check paspot. Tengok tarikh luput bila. Sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum expired dari tarikh kita nak balik semula ke Malaysia. Kalau xde, baik buat cepat2. Sekarang imigresen cepat gak nak sediakan paspot lagi2 kalau masa bekerja. Pergi hujung minggu memang lama nak tunggu.
How about Visa?? Jangan risau, untuk perjalanan x lebih 7 hari TAK perlukan visa. Jadi rileks je untuk part ni. Tapi kalau untuk yang seminggu ke atas, saya sendiri x pasti kena ada visa ke tak. Boleh rujuk kat sini. (Bahasa Indonesia)
Seterusnya, saya tempah bilik ikut http://www.booking.com/ . Mudah je. Kalau xnak ikut sini boleh search je kat google hotel2 di hong kong. Biasanya, orang akan cari hotel di area Tsim Sha Tsui. Senang nak ke mana2.
Target utama untuk ke Hong Kong adalah tak lain tak bukan, Disneyland & Madame Tussauds. Jadi, dua2 tiket untuk ke tempat2 ni saya beli online je. Senang sebab sampai sana terus ambil tiket. Takyah nak beratur panjang2.
Okey, masa untuk menceritakan pengalaman saya semasa berada kat sana. Flight kami dari KLIA2 pukul 4 petang. Nasihat saya, baik tempah makanan siap2 masa booking tiket AirAsia sebab lagi banyak variety makanan untuk dipilih. Kalau naik MAS, makanan memang dah sedia siap2. Flight delay dekat sejam sebab ada masalah teknikal sikit. Tanggapan saya, sistem di KLIA2 masih belum lancar sepenuhnya untuk timbulnya kes2 macam ni.
So, sampai di Hong Kong dalam pukul 9 malam. Masa kapal terbang nak landing, saya tengok mak aih, besaunye airport ni. Dasyat tul. Umpama KLIA gabung dengan KLIA2. Memang syok lah tengok. Sampai je kat terminal, masing2 cari toilet. Ha, untuk orang2 Melayu, better sediakan botol kosong sebab xde hos kat toilet diorang eh. Saya lagi suka bawak tisu basah sebab malas nk ambil air kat sinki.
Cantik gila HKIA ni. Saya suka tengok ruang yang besar2 ni. Tu yang eksaited semacam. Sebelum ambil luggage, kena ikut kastam Hong Kong dulu. Kat sini, kastam diorang memang friendly. Tak macam kat China, semua muka tegas habis. Buat orang saspen je. Hehehe...
Keluar je dari arrival hall, kami terus menuju ke Airport express counter. Betul2 dekat train. Boleh tengok kat signboard yang bertulis Train to City/Hong Kong. Kat counter ni, beli octupus card macam dalam gambar ni.
Harganya HK$150. 50 deposit campur 100 kredit. Dah beli kad ni senang sebab boleh guna untuk train/ MTR, bas, feri dan beli barang dekat 7Eleven!! Best kan, xyah keluar cash. Kalau nak topup pun senang; dekat stesen MTR atau 7Eleven. Bestnye Hong Kong ni sebab public transport diorang sangat efisien dan sistematik.
Ada banyak cara untuk ke hotel (x kiralah ke Hong Kong Island/Disneyland/New Territories/Kowloon)
- By Train (HK$60)
- Terus je naik kat belakang counter beli kad Octupus tadi.
- Contohnya, macam saya, hotel di Tsim Sha Tsui. Jadi naik train ke Tsing Yi danTukar ke Tung Chung line (oren) untuk ke Lai King >> Tukar ke Tsuen Wan line (merah) untuk ke Tsim Sha Tsui.
- Boleh rujuk kat dalam gambar ni.
- Dah sampai kat stesen, keluar dari area MTR dan terus cari signboard yang ada gambar ni atau macam ni. Tujuannya untuk kita cari pintu mana yang terdekat dengan destinasi kita.
- By bus (HK$33)
- Tengok signboard untuk ke stesen bas macam dalam gambar ni.
- Rate harga untuk ke Tsim Sha Tsui HK$33. Memang ada tertulis kat board stesen tu. Kalau nak tahu hentian yang ke berapa, seeloknya rujuk alamat hotel/ tempat penginapan dulu. Yang pasti, senang sangat2 public transport kat Hong Kong ni.
- Saya ambil bas A21 untuk ke Nathan Road, Tsim Sha Tsui.
- By taxi (HK$200+-)
- Kalau nak direct je ke tempat penginapan di Tsim Sha Tsui, boleh ambil teksi. Takyah risau sebab teksi kat sini pakai meter. Jadi harga memang da fixed. Harga permulaan HK$22.
Cadangan saya, better ambil bas sebab boleh tengok panorama di Hong Kong. Lagipun, bas di Hong Kong ni dua tingkat dan jarang sangat nak penuh lah. So, xyah nak rebut2 untuk duduk seat tingkat atas.
Dah sampai hotel, boleh check in terus lah. Sebab masa tu dah malam, seeloknya rehatkan diri untuk persediaan hari esok! Waweee~
Hari pertama di Hong Kong, kami target untuk pergi ke Disneyland dulu. Bila baca blog kawan2 yang dah pernah pergi, perkara paling excited nak tengok ialah train nak ke disneyland tu. Serius x sabar sebab cantik sangat2. Memandangkan kami masih tak tahu nak cari makan kat mana, kami breakfast kat bilik je dengan berbekalkan roti dan ayam masak merah Brahim. Rendam dalam air panas jap, tup...tup... dah siap!! Hehehe... Saya sarankan better breakfast dalam bilik je sebab makanan di Hong Kong ni mahal. Air pun xyah cakaplah, paling murah saya jumpa pun HK$5 untuk botol mineral kecil. Lebih kurang RM2.10 duit kita.
Tak payah nak lengah lagi, perjalanan kami bermula dari MTR stesen Tsim Sha Tsui >> Lai King (end Tsuen Wan) >> Sunny Bay (end Tung Chung) >> Disneyland Resort. Hati2 masa nak naik train sebab kena tengok train menuju ke mana. Boleh tengok rate tiket kat sini. Harga tiket untuk perjalanan sehala HK$18.30. Kira pergi balik HK$36.60. Sebaiknya bawak air masak sendiri/ botol kosong sebab kat Disneyland ada disediakan water cooler dekat public toilet di Tomorrowland. Jom tengok gambar train untuk ke Disneyland ni.
Tingkap bentuk mickey mouse, handle bentuk mickey mouse, display character2 disney dan kerusi kusyen corak langit malam. Cantik sangat! Memang x sempat nak bergambar sakan dalam train sebab ramai orang masa tu.
Keluar je dari stesen Disneyland Resort tu terus nampak pintu gerbang Disneyland. Tadaaaaaa!!!!
Jantung berdegup kencang. Memang x sabar sangat dah nak masuk disneyland ni. Haih...sabar2~ Hehehe... Masuk2 je dah didendangkan dengan lagu2 dari cerita disney. Mak aih, takleh nak elak dari menyanyi dan joget2 sepanjang jalan. Teringat memori zaman kanak2. Semuanya custom made. Dari tiang lampu ke tempat kami berpijak ni semuanya ada sentuhan disney. Memang awesome sangat!
Jalan sikit berhenti sebab nak bergambar. Tapi saya dengan kakak dan adik saya laju je jalan ke online ticketing booth macam dalam gambar kat bawah ni
Saya sarankan ambil tiket pas 2 hari sebab disneyland ni besar dan banyak tempat yang best2. So, xdelah terkejar2 atau x sempat nak cuba semua. Setiap malam lak ada pertunjukan bunga api lebih kurang 15minit. Makanya, better stay sampai malam untuk tengok. Rugi sangat2 kalau x stay untuk tengok bunga api. Meleleh jugaklah air mata ni tengok betapa cantiknya pertunjukan bunga api tu. Pertunjukan ni diadakan sempena upacara penutup Disneyland. Boleh tengok opening and closing hours disneyland kat sini. Kira kalau tutup pukul 8 malam, pertunjukan tu bermula pukul 8 malam. Nak dapat seat best?? Duduk betul2 kat depan Sleeping Beauty Castle. Datang awal sebab tempat ni memang cepat penuh. Ni antara gambar show bunga api tu.
It is AWESOME wa cakap lu~!! Hahaha... Since kami beli tiket yang 2days pass punya, plan awal ialah jalan2 di Main Street, Adventureland, Grizzly Gulch, Mystic Point dan Toy Story Land. Kalau jalan sampai hujung Main Street ni, ada booth kt sebelah kanan yang passing out flyers pasal disneyland map. Boleh rujuk map ni untuk memudahkan perjalanan kalian. Before masuk, ada gate tiket yang cek beg2 in case ada bawak makanan. Sebabnya, diorg nak bagi disneyland untung part makan2 ni. Kalau takat air mineral dengan biskut2 tu in syaa Allah diorg bagi lepas je. Nak masuk tu pun kena ada thumbprint. Dasat tul disneyland ni.
Kalau nak makan, bagi orang Muslim macam kita ni, dekat Adventureland ada restoran halal Tahitian Terrace. Betul2 kat sebelah kiri pintu gerbang Adventureland tu. Restoran ni memang ada sijil halal dari pusat islam Hong Kong. So, xyah risau cuma harga setiap set tu memang mahal la. Around HK$100 satu set. Makanan ala-ala Indian sikit. Sedap la jugak. Kalau ada 2 orang, order satu set pun dah cukup sebab memang banyak. Kalau haus, boleh beli kat stall2 kecil area disneyland ni. Mineral 500ml HK$25. Kalau air gas atau buah HK$28. Jangan lupa tengok Festival of the Lion King. Rugi sangat kalau x tengok. Masa dia ada diorang tunjuk kat situ.
Beransur ke Toy Story land. Kena cuba semua ride yang ada especially yang ini. Untuk yang lemah semangat, dinasihatkan xyah naik. Hehehe... Boleh cuba yang lain.
Dekat Mystic Point, harus pergi ke Mystic Mansion untuk ride 5,6,7D dia!!! Best woo!!!
Dekat Grizzly Gulch, tarikan utamanya Roller coaster dia. Sama jugak, untuk yang lemah semangat, better x naik. First time rasa naik roller coaster mengundur. (^0^)/
Kalau nak solat, boleh pergi ke City Hall. Masa kat pintu masuk, dekat sebelah kiri boleh nampak City Hall ni; berdepan dengan Animation Studio. Setiap sesi, 3 orang je yang dibenarkan masuk. Lebih kurang 15 minit diorang bagi untuk guna bilik kat situ. Selesa sangat~ Haa..jangan lupa jugak untuk stay around 2-3pm kat area Main Street sebab setiap hari ada Disney parade. Saya paling suka masa kereta berhias Lilo & Stitch lalu. Boleh tengok STITCH!!!! WEE~~~ kat bawah ni kereta berhias yang bawak character disney princess macam Snow White, Sleeping Beauty, Belle dan Cinderella.
Malam tu, kami duduk dekat bench yang menghadap Sleeping Beauty Castle untuk menyaksikan pertunjukan bunga api.
Habis je, semua berpusu-pusu nak balik. Jadi, eloklah tunggu dulu dalam 30 minit sebelum pergi ke MTR. Untuk yang stay dekat HK Disneyland Hotel or Disney's Hollywood Hotel, boleh terus je tunggu shuttle bus.
Esoknya, kami kembali semula ke HK Disneyland. Dah tau jalan, so smooth je perjalanan hari kedua. Sampai je, terus masuk ke Fantasy Land yang ada castle tu. Highlight kat tempat ni ialah sesi bergambar dengan character utama disney macam Minnie Mouse, Mickey Mouse, Pooh, Pluto dan Goofy. Nak tunggu pun lama sebab kena beratur untuk ambil gambar dengan diorang ni. Tapi x kisah sebab diorang ni memang sangat2 friendly. Layan je kalau kita bawak joget ke main cak2 ke. Hehehe...
Masuk tengah hari, perut pun dah lapar, kami cuba makan kat Mystic Point pulak. Restoran ni betul2 kat sebelah MysticMansion. So, senang nak cari. Kat sini , makanan dia ada variety sikit. Macam biasa, harga memang mahal dan tempat ni pun ada sijil halal. Lepas makan, solat jap then habiskan tawaf kat Fantasy Land. Terus ke Tomorrowland. Kat sini pun ada roller coaster. Yang uniknya, kita naik roller coaster dalam gelap so xtahu rupa trek roller coaster tu. Gambar ni kat depan restoran dalam Tomorrowland tu. Kena bakar you!! (Water mist je sebenarnya ~)
Kali ni kami x stay sampai bunga api sebab dah tengok semalam. So, keluar awal sikit takut ramai masa naik MTR nanti. Masa ni nak ambil gambar memang puas hati sebab xde orang.
Maka berakhirlah misi kami di HK Disneyland. Tak bosan jalan2 kat sini sebab setiap tiang de speaker yang mengalunkan lagu2 dari cerita disney. Sambil jalan, sambil kenang zaman kanak2~
Hari ketiga, kami merancang untuk ke Madame Tussauds Hong Kong yang terletak di The Peak, Hong Kong Island. Macam mana nak ke sini? Ambil MTR dari Tsim Sha Tsui ke Central ( Tsuen Wan line). Dari sini, boleh ambil teksi ke The Peak Tram Lower Terminus kalau nak naik tram macam dekat Bukit Bendera tu. Since kami naik teksi, kami tunjuk ayat ni " 中環花園道山頂纜車總站 " kat driver sebab Majoriti diorang x reti cakap Inggeris. Boleh tengok kat sini kalau nak naik bas or jalan kaki.
Apa yang best sangat dekat Madame Tussauds ni?? Jawapannya sebab kita boleh bergambar dengan selebriti patung lilin yang menyerupai ratio 1:1 dengan orang sebenar. Xyah susah2 nak berebut bagai bila jumpa yang real life punya. Macam abang Bae Yong Jun saya ni~~
Dato' Michelle Yeoh pun ada!!~
Jom bergambar dengan Hitler pulak!
Shhhhh!!!Bising sangat lak makhluk hijau ni!!
Haaa..!! Ada berani??!!Hehe..
Dan ini adalah pemandangan dari The Peak.
Tak lama pun kat sini sebab dah lapar sangat. So, kami pun ambil tram untuk turun semula, ambil teksi untuk ke stesen MTR yang terdekat langsung ke Mongkok (Tsuen Wan line). Kat sini ada Ladies Market yang jual macam2 jenis souvenir termasuk dari yang disneyland (1 to 1 copy) dengan harga yang jauh lebih rendah. Tapi kena pandai tawar. sekurang kurangnya start dengan separuh dari harga yang ditawarkan. Diorang akan berlakon marah dulu then kalau x bagi jugak, keluar je dari kedai tu. Boleh cari kat tempat lain.
Haa...jauh da menyimpang. Tujuan asal ke Ladies Market ni nak cari kedai makan. Kat sini kena hati2. Sebab x semestinya kedai yang tulis halal tu boleh masuk. Boleh cek list kedai makan halal kat Hong Kong ni di sini dan sini. Macam dekat Ladies market ni, satu2nya restoran yang betul2 halal ialah Ottoman Mediterranean Cuisine.
Makanan dia pun alhamdulillah sedap2. Tempat untuk solat pun disediakan walaupun hanya seorang yang boleh solat untuk setiap masa. Yang penting, bersih dan selesa =) . Tauke kedai pun alhamdulillah orang Islam sebab dia siap bagi tips macam mana nak tahu kedai tu betul2 halal ke tak. Macam mana nak ke sini? Boleh tengok banner ni. Tapi jangan masuk kedai Miss India Restaurant ni, sebab xde sijil halal. Jalan terus lagi ke depan sampai jumpa Ottoman Mediterranean Cuisine ni. Kalau terus lagi ke depan akan jumpa Turkish Doner Kebab. Harap maklum, kedai ni pun xde sijil halal. So kesahihan status halal tu diragui. Better makan kat tempat yang memang dah sah status halalnya.
Lepas makan, kami terus balik ke hotel sebab nak berehat dulu sebelum pergi ke Avenue of Stars. Boleh jalan kaki je dari tempat penginapan kami. Boleh tengok dekat map ni. Kami jalan kaki dari MTR Tsim Sha Tsui terus ke Avenue of Stars. Kalau nak ke sana, kena guna jalan bawah tanah di Sheraton Hotel. Setiap pukul 8 malam pulak ada pertunjukan lampu2 laser dekat bangunan di Hong Kong Island. Rugi jugak kalau x tengok sebab menarik sangat plus kat Malaysia xde acara sebegitu rupa. Gambar bawah ni adalah antara statue yang ada kat situ.
Kalau teringin nak makan gelato sambil menikmati angin laut di Victoria Harbour, boleh ke XTC atau klik sini. Kedai ni pun ada sijil halal. Lokasinya betul2 dekat Star Ferry Terminal. Kalau nak ke sana boleh belok kanan terus sampai ke penghujung jalan dari patung kat atas ni. Kalau nak tengok patung Bruce Lee, ambil kiri okie!~ Haa, kat sini pun ada water cooler betul2 kat sebelah stage belah kiri dari patung ni.
Kalau teringin nak ke Macau, boleh rasa naik feri yang ambil masa lebih kurang satu jam. Boleh rujuk dekat sini. Kami x pergi ke Macau sebab rasanya kalau takat nak tengok pemandangan and bangunan yang cantik, better xyah pergi. Tapi rugi jugak rasanya sebab ambil masa 1 jam je untuk ke sana naik feri.
Esoknya, kami ke Avenue of Stars balik sebab nak ambil gambar cantik2, better waktu siang. Dah selesai ambil gambar, masuk waktu Zohor. Jadi kami terus ke Masjid Kowloon untuk menunaikan solat dan cari makan.
Antara kedai makan yang halal dekat area ni ialah yang no 7 dan no 57 kat sini. Kalau tak tahu jalan, boleh tanya sesiapa je kat masjid. In syaa Allah diorang boleh bantu.
Maka berakhirlah episod kami di Hong Kong ni. Penat berjalan bermaksud badan x cukup sihat. So, untuk yang x biasa berjalan jauh, be prepared! Hehehe.. Macam teruk sangat je bunyi. Kami naik bas je untuk ke airport sebab boleh tengok bandar Hong Kong lagi untuk yang terakhir kalinya. X sempat nak ke CityGates yang ala2 Johor Premium Outlet(JPO) berdekatan dengan airport. Dari Tsim Sha Tsui, ambil bas A21. Harga HK$33 seorang. Terus je ke airport. Senang kan =)
Yang berikut adalah antara panorama di HKIA.
Bas berhenti dekat sini. Ni area Terminal 1. Untuk penerbangan AirAsia, kena Check-in dekat Terminal 2 dulu tapi depart/pintu masuk dekat Terminal 1.
Aiseyh, candid lah sangat!! (Tangan ke dada, mata ke atas)
Makanya, kami bosan lalu meng"explore" kawasan kosong yang lapang di HKIA. Kalau lapar, boleh makan di Popeye's yang semestinya ber"listed" as restoran yang ada sijil halal.
Kalau nak solat, ada dua tempat. Boleh rujuk dekat sini. Semestinya ini bukan surau semata-mata sebab bilik sembahyang ni dikongsi bersama 6 agama iaitu Islam, Kristian, Jews, dan x ingat agama apa lagi. Tapi memang selesa. Tempat ambil wuduk pun disediakan.
Boleh tengok sign macam kat atas ni.
Okaylah. Sampai sini je coretan saya yang panjang lebar ni. Kalau nak cerita semua memang x bestlah. Kena ada rasa nak explore sendiri kan. Apa pun, moga entry ni bermanfaat bagi semua!! Jangan lupa singgah blog OneNeeMitty untur cadar yang TIDUR NYENYAK PASTI GERENTI!!
Assalamualaikum dan jumpa lagi!!~


.jpg)
No comments:
Post a Comment